Kelas Microsoft Word Individu: Tatacara Menyediakan Carta Organisasi 2

14 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1100AM serta tamat pada pukul 100PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai penyediaan carta organisasi yang lebih teknikal dan kompleks dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Peserta diajar dan dibimbing dengan sepenuhnya dengan menggunakan mod yang bersesuaian dan diperlukan bagi menghasilkan sebuah carta organisasi yang lebih kompleks tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat menyediakan sendiri carta organisasi tak kira di mana-mana organisasi yang melibatkan kerajaan, swasta, pertubuhan badan kerajaan dan sebagainya selain memahirkan diri dalam penggunaan Microsoft Word dengan lebih lagi. Ini penting kerana badan-badan organisasi tersebut akan memerlukan carta organisasi tersebut sebagai panduan bukan sahaja buat warga kerja organisasi itu sendiri malahan juga buat para pelawat yang datang ke badan organisasi tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali