KPM ada garis panduan laksana PBD - Radzi
12 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai garis panduan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bermula tahun ini. Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, berkata pelaksanaan itu bukanlah perkara baharu, malah sudah bermula sejak dulu lagi namun kurang diberi perhatian.Di peringkat sekolah rendah, katanya, PBD sudah dilaksanakan pada 2011, manakala di peringkat sekolah menengah bermula pada 2012. Ujar beliau,dalam konteks pelaksanaan PBD itu KPM sendiri mempunyai garis panduan terkini iaitu versi 2019. Namun begitu, apabila kementerian lihat tumpuan diberikan kepada peperiksaan khusus, maka PBD ini tidak diberi perhatian yang mendalam.Bagaimanapun, dalam konteks pelaksanaan PBD ini kementerian sedar ada yang mengatakan jumlah kelas atau murid yang terlalu ramai namun dalam konteks pendidikan, kementerian ada kaedah atau inovasi berkaitan yang boleh diguna pakai termasuk dalam jumlah pelajar yang ramai, katanya lagi.
Antara komponen pentaksiran berterusan yang akan dilaksanakan KPM adalah latihan guru selain mengenalpasti pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kekangan yang ada. KPM juga sedia menambah baik pelaksanaan PBD dengan mengambil kira maklum balas semua pihak termasuk penyediaan soalan peperiksaan standard seperti yang pernah diumumkan sebelum ini. Ia bagi mengetahui apakah pencapaian anak-anak berdasarkan satu standard soalan yang diguna pakai di sekolah yang diperakui kualitinya oleh pihak kementerian.
Sumber: Berita Harian Online, 11/06/2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: