Kelas Usahawan Individu: Penyediaan Menu Makanan dan Minuman Ringkas dan Mudah

6 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 100PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai penyediaan menu makanan dan minuman yang ringkas dan mudah. Peserta sedikit sebanyak diajar menggunakan grafik yang asas dan mesra pengguna dan dibimbing dari awal kelas sehingga beliau sudah memahirkan diri dalam penyediaan menu makanan dan minuman secara digital.Peserta juga diberi tugasan untuk menyediakan menu makanan dan minuman mengikut kreativiti beliau.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat pengetahuan asas dan didedahkan dengan menggunakan digital dalam penyediaan menu makanan dan minuman yang ringkas dan mudah. Ini sekaligus tidak memberi kemudaratan dan kepayahan kepada peserta dalam penyediaan menu makanan dan minuman secara persendirian. Beliau juga tidak perlu mengharapkan orang lain sepenuhnya dalam membantu penyediaan menu tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali