Kelas Website Individu- Tatacara Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan Individu

5 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mendaftar nombor cukai pendapatan individu. Ini penting kerana ia merupakan satu kewajiban ke atas seseorang yang telah bekerja tanpa mengira sektor pekerjaaan untuk berdaftar di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Peserta diberi maklumat mengenai tujuan lain LHDN ditubuhkan serta menerangkan setiap jenis borang dan fungsi borang tersebut. Peserta diberi latihan simulasi mengenai pendaftaran nombor cukai baharu.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara mendaftar nombor cukai pendapatan individu. Ini adalah penting bagi kesejahteraan semua individu yang layak pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali