Program Advokasi Inflasi: Punca, Faktor dan Langkah Mengatasi Serta Tips Berbelanja Secara Bijak

5 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi Inflasi: Punca, Faktor dan Langkah Mengatasi Serta Tips Berbelanja Secara Bijak ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak pada 4 Jun 2022 dari jam 900AM sehingga jam 1000AM. Program ini dihadiri hanya satu (1) orang peserta sahaja.

Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada peserta mengenai inflasi yang berlaku pada masa kini. Peserta juga diberi maklum mengenai situasi semasa yang menyebabkan tekanan inflasi yang berlaku kepada komuniti setempat khasnya golongan B40. Selain itu, terdapat tips yang dapat dikongsikan mengenai berbelanja secara bijak bagi mengurangkan tekanan khasnya yang melibatkan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat dan membimbangkan susulan inflasi ini.

Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan dan didedahkan mengenai punca, faktor dan langkah mengatasi inflasi ini serta seterusnya mendapat info tatacara berbelanja secara bijak. Ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta dan komuniti amnya mengurangkan tekanan dari segi perbelanjaan isi rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali