Kursus Penggunaan Asas OBS Studio

13 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kursus ini melibatkan Penolong Pengurus PEDi (Maxis & Digi) dan kursus ini dijalankan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi Google Meet. Kursus ini bermula pada pukul 1030AM dan tamat pada pukul 0430PM

OBS Studio adalah program streaming dan rakaman video popular yang menawarkan pelbagai ciri yang tidak terdapat dalam aplikasi lain. Tujuan kursus ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada staff Pusat Ekonimi Digital tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Open Broadcaster Software (OBS).

Kebaikkan dari kursus ini dapat mempelajari penggunaan asas perisian OBS Studio seperti muat turun dan install OBS, pengenalan terhadap OBS, setting asas, pengenalan mengenai “Scenes, Sources, Green Screen” dan Penggunaan Virtual Camera. Latihan juga ada diberikan serta maklum balas peserta kursus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali