Kelas Usahawan Individu: Tatacara Penggunaan Portal MEDAC Dan Pencarian Kursus Latihan Keusahawanan

15 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 230PM serta tamat pada pukul 430PM

Kelas ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta dalam tatacara penggunaan portal dan laman sesawang Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC). Portal tersebut menyediakan segala maklumat yang berkaitan dengan usahawan. Peserta juga turut dibimbing dalam pencarian latihan atau kursus keusahawanan yang berkaitan dan bersesuaian dengannya. Peserta juga turut diberi taklimat mengenai geran dan pinjaman mikro yang ditawarkan oleh agensi yang berkaitan.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat mencari maklumat terkini dari semasa ke semasa pada bila-bila masa sahaja melalui portal yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali