Kelas Usahawan Individu: Skim Pembiayaan Di Bawah Program Semarak Niaga
15 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 230PM serta tamat pada pukul 430PM.
Kelas ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta dalam tatacara memohon pembiayaan atau pinjaman yang berkaitan dengan perniagaan atau perusahaan di bawah program Semarak Niaga yang diumumkan dalam Bajet 2022 pada tahun 2021 yang lalu. Pelbagai skim pembiayaan yang ditawarkan kepada para usahawan yang terjejas susulan pandemik COVID-19. Peserta juga turut diberi taklimat mengenai setiap skim pembiayaan yang ditawarkan di bawah program Semarak Niaga
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat memohon mana-mana skim pembiayaan yang bersesuaian. Terdapat pelbagai skim pembiayaan yang disediakan di bawah program yang dinyatakan khususnya dana khas atau skim khas buat usahawan wanita atau usahanita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: