Kelas Website Pengeditan Borang PDF Menggunakan Aplikasi I Love PDF

17 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di PEDi Kg Pasir Pandak bermula pada pukul 1100AM serta tamat pada pukul 1300PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta peluang kepada peserta mengenai tatacara pengeditan borang dengan menggunakan aplikasi I Love PDF. Pelbagai fungsi boleh didapati dalam aplikasi tersebut. Peserta diajar cara memuat dokumen untuk diisi dan belajar cara mengisi maklumat serta size yang sesuai digunakan.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat melakukan segala pengeditan.pada bila-bila masa dengan pilihan format yang bersesuaian. Peserta dimaklumkan juga bahawa segala kemudahan adalah cepat, mudah dan mesra pengguna dengan menggunakan aplikasi I Love PDF.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali