Kelas ICT Daftar Gmail

17 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di PEDi Kg Pasir Pandak bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1100AM.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta cara buat akaun baru dan mendaftar di akaun Gmail. Peserta belajar cara masukkan kata nama dan maklumat peribadi semasa mendaftar masuk. Selain itu peserta juga diajar cara memuat lampiran dan menghantar emel.

Menurut peserta, beliau berasa amat bertuah kerana dapat mempraktikkan penggunaan emel pada masa akan datang bagi mempercepat segala urusan rasmi mahupun tak rasmi dalam masa yang amat singkat. Ini akan memudahkan lagi kerjanya dan dapat melakukannya dengan sendiri tanpa bantuan daripada orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali