Kelas Microsoft Word Individu: Tatacara Penyediaan Surat Tawaran Pekerjaan
18 April 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1200PM serta tamat pada pukul 200PM.
Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara penyediaan surat tawaran pekerjaan dengan format yang betul dan mudah untuk difahami.Peserta dibimbing dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau mahir mencuba sendiri menyediakan surat tawaran pekerjaan berdasarkan soalan tugasan atau soalan amali yang diberikan.
Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat menguruskan dan memahirkan diri dengan baik dengan menyediakan surat tawaran pekerjaan yang mudah untuk difahami apabila diperlukan pada masa akan datang. Ini penting kerana ia boleh dijadikan atau berfungsi sebagai bukti jika terdapat insiden penipuan berlaku antara majikan dan pekerja satu hari nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: