Kelas Microsoft Word Individu Cara Membuat “LetterHead”

21 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1000AM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai cara membuat “Letterhead” menggunakan Ms Word. Pelajar diajar bagaimana cara masukkan gambar, cara menggunakan “page layout” dan juga “tab”. Selain itu pelajar belajar cara menggunakan “shape line” dengan betul.

Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran pelajar ke tahap selanjutnya. Pelajar dialu-alukan untuk datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak pada bila-bila masa sekiranya memerlukan bantuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali