Kelas Microsoft PowerPoint Individu Cara Membuat Poster
21 April 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang pelajar sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1100AM.
Kelas ini memberi pendedahan tentang cara mudah membuat poster menggunakan PowerPoint. Pelajar juga boleh pilih saiz yang lebih besar jika mahu, mengikut kesesuaian poster. Pelajar juga boleh pilih senarai background yang disediakan Powerpoint pada butang “Design”. Tetapi jika anda inginkan kelainan, boleh memuat turun gambar yang disukai. Tetapi pastikan gambar itu mempunyai dpi 300 (high resolution photo) bagi hasil poster yang lebih menarik. Pelajar juga belajar cara menggunakan “page setup” dan pilih jenis size yang ingin digunakan.
Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran pelajar ke tahap selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: