Kelas Microsoft Word Individu: Tatacara Membuat Jadual Asas Yang Mudah Dan Ringkas
13 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 300PM serta tamat pada pukul 500PM.
Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara membuat atau membina jadual asas yang mudah dan ringkas. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya dari awal kelas sehingga beliau mahir menyediakan dan menyiapkan sendiri tugasan yang diberikan tanpa pengawasan atau bimbingan sepenuhnya daripada pengajar.
Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara membuat atau membina jadual asas yang mudah dan ringkas. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana jadual ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan secara tidak langsung dapat mendisplinkan diri peserta untuk menguruskan masa buat dirinya apabila beliau membuat jadual tersebut bagi tujuan pengurusan diri dan keluarga pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: