Kelas Website Individu: Tatacara Penggunaan Laman Sesawang JOMPay

19 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 400PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara penggunaan laman sesawang pembayaran atas talian iaitu JOMPay.Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya dari awal kelas sehingga beliau mahir menggunakan laman sesawang tersebut tanpa pengawasan atau bimbingan sepenuhnya daripada pengajar.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara penggunaan laman sesawang tersebut. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana dengan laman sesawang atau aplikasi tersebut, peserta atau pengguna boleh membayar apa sahaja bil utiliti secara atas talian pada bila-bila masa tanpa perlu membazirkan masa dengan tenaga ke agen-agen pembayaran bil.Segalanya di hujung jari sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali