Industri penerbangan Malaysia rancak pada akhir tahun

21 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Penyambungan semula laluan dan pengenalan beberapa destinasi baharu oleh syarikat penerbangan pada November dan Disember memberi petunjuk pemulihan yang positif bagi sektor penerbangan di Malaysia.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh dua bulan ini, sektor penerbangan tempatan menyaksikan dua syarikat penerbangan baharu dan penyambungan semula empat perkhidmatan laluan prapandemik serta pengenalan satu laluan antarabangsa baharu.Selain itu, Emirates (EK) juga membawa balik Airbus A380, pesawat komersial terbesar di dunia untuk mengendalikan laluan Dubai-Kuala Lumpur.

Langkah strategik syarikat penerbangan itu dibuat untuk menampung lebih ramai penumpang kerana A380 mampu mengendalikan dua kali ganda muatan Boeing 777 semasa yang turut digunakan untuk laluan yang sama.Sebanyak 13,869 pergerakan pesawat direkodkan pada November, peningkatan 12 peratus daripada bulan sebelumnya. Faktor penyumbang kepada peningkatan ini termasuk pengenalan syarikat penerbangan tambang rendah China baharu iaitu Spring Airlines yang terbang dari Nanning, China. AirAsia X juga menyambung semula laluan Kuala Lumpur-Jeddah, penerbangan enam kali seminggu yang menyediakan pilihan perjalanan mampu milik untuk menunaikan umrah.Sementara itu, Lapangan Terbang Kuantan (KUA) menyaksikan penyambungan semula operasi Fly Scoot (TR) bagi laluan Singapura-Kuantan. Perkhidmatan tiga kali seminggu ini juga menandakan penerbangan antarabangsa pertama di lapangan terbang itu selepas pandemic.

MAHB berkata, perkembangan positif ini berterusan sehingga Disember dengan pengenalan syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu negara, MYAirline yang terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Langkawi, Kuching, Kota Bharu dan Pulau Pinang setiap hari.Selain itu, katanya, terdapat juga penyambungan semula laluan antarabangsa seperti AirAsia X yang menyediakan perkhidmatan laluan Kuala Lumpur-Taipei sebanyak tiga kali seminggu dan Cathay Pacific untuk laluan Hong Kong-Pulau Pinang sebanyak tiga kali seminggu.Ia berkata, petunjuk selanjutnya kepada pemulihan permintaan perjalanan udara boleh dilihat daripada pengenalan perkhidmatan penerbangan AirAsia dari Singapura ke Sibu empat kali seminggu pada bulan ini juga.Berdasarkan pergerakan penumpang bulanan, operasi Malaysia merekodkan 2.23 juta penumpang antarabangsa pada November, peningkatan 5.9 peratus daripada bulan sebelumnya.Pergerakan penumpang domestik mencatatkan penurunan sebanyak 11.5 peratus kepada 2.93 juta penumpang menjadikan jumlah pergerakan penumpang di Malaysia kepada 5.17 juta.Operasi kumpulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen pula merekodkan 2.66 juta penumpang menjadikan keseluruhan penumpang di bawah kumpulan sebanyak 7.84 juta penumpang.

Sumber: Berita Harian Online, 20/12/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali