Kelas Microsoft Excel Individu: Tatacara Menggunakan Formula Peratus

20 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 400PM

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara menggunakan formula peratus dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Peserta dibimbing dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau mahir mencuba sendiri menggunakan dan memasukkan formula peratus dengan menggunakan aplikasi tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat mempraktikkan sendiri hasil pembelajaran yang diberi oleh tenaga pengajar pada bila-bila masa yang sesuai. Ini penting kerana ia amat diperlukan dalam kehidupan seharian seperti pengiraan dalam markah ujian, yang berkaitan dengan ekonomi dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali