Kelas Microsoft Excel Individu: Tatacara Penyediaan Data Dalam Bentuk Graf Garis

20 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 100PM

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara penyediaan data dalam bentuk graf garis. Peserta dibimbing dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau mahir mencuba sendiri menyediakan data tersebut terutamanya dari segi pemilihan graf garis yang bersesuaian.

Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat mempraktikkan sendiri hasil pembelajaran yang diberi oleh tenaga pengajar pada bila-bila masa yang sesuai. Ini penting kerana ia amat diperlukan dalam kehidupan seharian yang kebiasaannya melibatkan pasaran kewangan, saham dan yang berkaitan dengannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali