Bangkit- Menuju Ke Platform E-Dagang (FoodPanda)
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniProgram ini dibuat beberapa buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terpilih di Zon Sarawak. Program ini bermula dari jam 230 petang dan berakhir pada jam 315 petang. Ia disampaikan oleh Encik Nurul Asraf bin Ibrahim, Pengurus PEDi Kg Quop. Program ini juga dibuat secara atas talian
Antara intipati program tersebut ialah cara-cara mendaftar menjadi seorang vendor yang ingin menjadi salah seorang peniaga atau usahawan di aplikasi FoodPanda. Selain itu, Encik Nurul Asraf juga berkongsi ilmu mengenai pengiraan komisyen dan cukai jualan.
Program ini banyak memberi manfaat kepada para usahawan khasnya usahawan yang menjalankan perniagaan ataupun perusahaan dalam secara besar khasnya perusahaan dalam bidang atau industri makanan dan minuman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: