Kelas Website Memohon Kad Perakuan Nikah Secara Atas Talian Melalui Medium Khidmat Islam Sarawak (KISWA)

20 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang pelajar sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0300PM serta tamat pada pukul 0400PM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam urusan permohonan kad perakuan nikah secara atas talian. Segala permohonan dibuat menerusi laman sesawang Khidmat Islam Sarawak (KISWA) di mana ia dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Peserta dibimbing serta dibantu dari awal permohonan sehinggalah ke akhir permohonan.

Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran pelajar ke tahap selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali