Kelas E-Pendidikan Individu- Kuiz Pengetahuan AM Kenali Kemerdekaan Malaysia

24 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 230PM serta tamat pada pukul 430PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta mengenai sejarah dan asal usul kemerdekaan negara. Terdapat beberapa soalan kuiz yang mudah dan ringkas diberikan kepada peserta bagi menguji kepekaan peserta mengenai sejarah kemerdekaan negara.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat menanam semangat kecintaan dan kesetiaan kepada negara serta menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan terdahulu betapa sukarnya menentang penjajah yang dibenci oleh mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali