Kelas Website Individu-Tatacara Mendaftar Sebagai Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

23 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 230PM serta tamat pada pukul 430PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mendaftar sebagai pencarum baharu atau ahli baharu bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).Ini penting kerana ia merupakan perlindungan wajib ke atas para pekerja khasnya pekerja swasta bagi menjamin keselamatan mereka sepanjang tempoh bekerja sebelum mencecah usia persaraan mereka. Peserta diberi maklumat mengenai tujuan PERKESO ditubuhkan serta menerangkan setiap jenis borang dan fungsi borang tersebut. Peserta diberi latihan simulasi mengenai pendaftaran sebagai pencarum baharu serta mengisi borang-borang yang berkaitan pada masa akan datang jika perlu.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara mendaftar sebagai pencarum baharu bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ini penting agar beliau tidak mempunyai masalah pada masa akan datang untuk mengisi sendiri borang mendaftar sebagai ahli baharu PERKESO apabila beliau telah mula bekerja setelah mengikut kelas tersebut. Seperti yang dimaklumkan, pendaftaran sebagai pencarum baharu adalah wajib bagi menjamin keselamatan sepanjang tempoh beliau bekerja. Ini kerana jika terdapat kemalangan yang tidak diingini, sekurang-kurangnya terdapat pampasan diberikan kepadanya dan pewaris demi kelangsungan hidup pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali