Kelas Website Individu-Tatacara Mendaftar Sebagai Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

24 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 100PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mendaftar sebagai pencarum baharu atau ahli baharu bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini penting kerana ia merupakan simpanan wajib ke atas para pekerja khasnya pekerja swasta bagi menjamin simpanan hari tua mereka. Peserta diberi maklumat mengenai tujuan KWSP ditubuhkan serta menerangkan setiap jenis borang dan fungsi borang tersebut. Peserta diberi latihan simulasi mengenai pendaftaran sebagai pencarum baharu serta mengisi borang-borang yang berkaitan pada masa akan datang jika perlu.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara mendaftar sebagai pencarum baharu bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini penting agar beliau tidak mempunyai masalah pada masa akan datang untuk mengisi sendiri borang mendaftar sebagai ahli baharu KWSP apabila beliau telah mula bekerja setelah mengikut kelas tersebut. Seperti yang dimaklumkan, pendaftaran sebagai pencarum baharu adalah wajib bagi menjamin simpanan hari tua nya. Ini kerana persaraan adalah wajib ke atas setiap pekerja adalah maksimum 60 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali