Kelas ICT Individu: Tatacara Susun Atur Saiz, Mengimbas dan Mencetak Dokumen
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 100PM.
Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara susun atur saiz, mengimbas dan mencetak dokumen dengan menggunakan mesin pencetak milik peserta. Peserta perlu dibimbing dan dibantu dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau sendiri dapat mencuba melakukan perkara sedemikian tanpa pengawasan atau pengawasan minimum daripada tenaga pengajar.
Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat mempraktikkan sendiri hasil pembelajaran yang diberi oleh tenaga pengajar pada bila-bila masa yang sesuai. Peserta dimaklumkan bahawa beliau dialu-alukan untuk datang ke PEDi Kg Pasir Pandak jika beliau memerlukan bantuan lain yang berkaitan daripada staf PEDi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: