Program Temu Bual Bicara Bersama YADIM Sarawak: Umrah Era Pandemik-Suatu Perkongsian Pengalaman

23 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Program temu bual bicara tersebut diadakan secara atas talian dengan kerjasama beberapa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri Sarawak. Program tersebut telah berlangsung selama 1 jam 15 minit iaitu dari jam 9.15 malam sehingga pada jam 10.30 malam.

Program tersebut dikendalikan oleh Encik Zamri bin Ali selaku Moderator merangkap Penolong Pegawai YADIM Sarawak manakala tetamu atau panel jemputan yang turut menjayakan program temu bual bicara ini ialah Al Fadil Ustaz Muhammad Azri Izzat bin Rasidi selaku Mutawif Umrah Team Sarawak.

Antara initpati utama yang dimuatkan dalam program temu bual bicara ialah pengalaman pertama semasa mengerjakan ibadat umrah dalam era pandemik. Selain itu, antara initpati lain yang turut dimuatkan dalam program tersebut juga ialah SOP yang perlu dipraktikkan oleh para jemaah Malaysia semasa berada di dua tempat tanah suci di Arab Saudi iaitu Kota Suci Makkah dan Madinah. Di samping itu, terdapat juga penerangan mengenai ketetapan harga lantai baharu untuk mengerjakan umrah pada era pandemik yang masih aktif menular di seluruh dunia. Kos harga lantai baharu terpaksa dinaikkan disebabkan faktor luar kawalan iaitu tambang pesawat, kadar hotel di Tanah Suci dan kos-kos lain. Sebelum program temu bual bicara berakhir, terdapat sesi soal jawab yang memberi peluang kepada para penonton yang sedang mengikuti program temu bual untuk bertanya kepada Ustaz Muhammad Azri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah umrah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali