Program Advokasi Penipuan Kewangan Dalam Talian bersama Bank Rakyat
23 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniProgram advokasi ini dibuat melibatkan beberapa orang peserta yang terdiri daripada warga komuniti Kg Pasir Pandak dan Kg Pasir Panjang. Program tersebut dilakukan di Dewan Masyarakat Kg Pasir Pandak. Program bermula pada pukul 915AM serta tamat pada pukul 1000 AM.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti Kg Pasir Pandak dan Kg Pasir Panjang khasnya mengenai sindiket penipuan kewangan dalam talian yang semakin meluas dalam kalangan komuniti. Antara pengisian lain yang diturut dimuatkan dalam program ini ialah cara atau tips menghindarkan sindiket ini berlaku ke atas diri peserta dan sesi soal jawab bagi menguji kepintaran dan minda para peserta. Program ini dianjurkan bersama-sama dengan PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Bt Gong dan PEDi PPR Taman Malihah.
Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan mengenai tips menghindari diri daripada terjebak dalam kegiatan jenayah komersil ini supaya tidak memakan diri pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: