Program Advokasi Jelajah Saringan Kesihatan Zon Santubong
26 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniProgram advokasi ini dibuat melibatkan seramai 59 orang peserta yang terdiri daripada warga komuniti Kg Pasir Pandak dan Kg Pasir Panjang. Program tersebut dilakukan di Dewan Masyarakat Kg Pasir Pandak. Program bermula pada pukul 800AM serta tamat pada pukul 300 PM. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN N.4 Pantai Damai dengan kerjasama beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Bahagian Kuching. PEDi Kg Pasir Pandak juga turut terlibat secara tidak langsung bagi menjayakan dan menyokong program kemasyarakatan tersebut.
Antara pengisian yang dimuatkan dalam program ini ialah iaitu ujian darah dan kencing termasuk saringan kolestrol, kesihatan buah pinggang, kencing manis dan sel-sel darah, mengambil bacaan Indeks Jisim Tubuh (BMI), pemeriksaan fizikal termasuk mengambil bacaan kadar gula dalam darah.
Setiap peserta atau pengunjung yang telah menghadiri program tersebut akan diberi sebungkus biskut kering dan sebotol kecil minyak masak sebagai tanda penghargaan atas sokongan peserta dalam menjayakan Program Jelajah Saringan Kesihatan Zon Santubong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: