Kelas Microsoft Word Membuat Surat Permohonan Kerja dan Resume

27 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1000AM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai cara penyediaan surat permohonan kerja dan resume yang ringkas dan mengikut format yang mudah difahami. Peserta juga diajar dengan menggunakan font dan saiz yang bersesuaian semasa menyediakan surat permohonan kerja dan resume.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara penyediaan surat permohonan kerja dan resume tersebut. Ia boleh diguna pakai secara berulang kali jika peserta ingin memohon pekerjaan baharu yang lain pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali