Bengkel “Malaysia ICT Volunter Bersama Komuniti” Pejabat MCMC Negeri Sarawak Dengan PEDi Kluster Kuching
26 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniBengkel “Malaysia ICT Volunteer Bersama Komuniti” Pejabat MCMC Negeri Sarawak Dengan PEDi Kluster Kuching telahpun diadakan selama satu (1) hari bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching. Ia telahpun diadakan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Seramai 50 orang yang telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri dalam kalangan kakitangan PEDi dan para sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam bengkel tersebut.
Pelbagai aktiviti dan aturcara program yang telahpun dirancangkan dan disusun atur oleh penganjur sepanjang bengkel ini berlangsung. Antaranya ialah pengenalan dan taklimat mengenai kepada program “Malaysia ICT Volunteer Bersama Komuniti”, program advokasi mengenai e-pembayaran, program kemahiran insaniah, program tatacara pengambilan dan pengeditan gambar serta video yang berkualiti dan sebagainya.
Rata-rata penceramah yang dijemput untuk memberi taklimat dan penerangan ini adalah terdiri kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: