Kelas Microsoft Word Individu: Tatacara Penyediaan Kad Pengenalan Diri

25 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara penyediaan kad pengenalan diri dengan format yang betul dan mudah untuk difahami. Kad pengenalan diri amatlah diperlukan oleh kebanyakkan jabatan atau agensi kerajaan serta swasta dan juga dalam sesuatu organisasi serta jawatankuasa pelaksana sesuatu majlis.Peserta dibimbing dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau mahir mencuba sendiri menyediakan kad pengenalan diri berdasarkan soalan tugasan atau soalan amali yang diberikan.

Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat menguruskan dan memahirkan diri dengan baik dengan menyediakan kad pengenalan diri jika diperlukan pada masa akan datang khususnya dalam bahagian sumber manusia. Kebiasaannya dalam mana-mana agensi tanpa mengira sektor swasta mahupun kerajaan, kad pengenalan diri tersebut disertakan dengan cip berteknologi diri bagi mengelakkkan sebarang penipuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali