Kelas Usahawan Individu: Pengenalan dan Peranan SMECorp

27 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 230PM serta tamat pada pukul 430PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai peranan SMECorp bagi membantu para usahawan tanpa mengira sama ada usahawan yang sedia ada mahupun yang baharu. SMECorp merupakan salah sebuah agensi kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Pelbagai info, program dan bantuan yang disediakan kepada para usahawan di bawah SMECorp.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat pengetahuan asas mengenai peranan sebenar SMECorp kepada para usahawan. Peserta boleh mengakses portal atau laman sesawang tersebut pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali