Program Infaq Ramadan @ PEDi Kg Pasir Pandak

28 April 2022 | Aktiviti Terkini

Program Infaq Ramadan @ PEDi Kg Pasir Pandak merupakan sebuah program yang julung-julung kali dianjurkan dan dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak dari jam 300 petang sehingga jam 400 petang. Program ini juga dianjurkan bersama dengan salah sebuah kelab atau pertubuhan bukan kerajaan iaitu Kelab ZDance Kuching.

Program ini bertujuan bagi membantu golongan asnaf untuk mengurangkan beban mereka bagi persiapan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Seramai 11 orang telah mendapat sumbangan daripada penyumbang peribadi.

Dalam program ini, Ketua Kampung Pasir Pandak, Tuan Nazeri bin Idi telah diberi penghormatan bagi menyampaikan sumbangan tersebut sebagai wakil penyumbang peribadi tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali