Kelas Microsoft Word Individu: Tatacara Membuat Rencana dan Artikel
27 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 500PM.
Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara membuat rencana dan artikel. Masa yang diperuntukkan agak panjang oleh sebab penyediaannya agak rumit dan memerlukan format yang betul. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya dari awal kelas sehingga beliau mahir menyediakan dan menyiapkan sendiri tugasan yang diberikan tanpa pengawasan atau bimbingan sepenuhnya daripada pengajar.
Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara membuat rencana dan artikel. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana dengan era yang serba moden ini, peserta boleh berkongsi apa sahaja maklumat dan pandangan pada bila-bila masa secara digital kepada para pembaca.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: