Program Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama Cosmopoint College Kuching & UNITAR Wilayah Kuching

3 November 2022 | Aktiviti Terkini

Program advokasi ini dibuat melibatkan seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Cosmopoint College Kuching dan UNITAR Wilayah Kuching dan 3 orang pensyarah. Program tersebut dilakukan di Dewan Kuliah Cosmopoint College. Program bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200 PM.

Pelbagai pengisian dimuat dalam program ini. Antaranya ialah “sexting”, penipuan dalam talian, “online grooming”, maklumat palsu dan “e-waste”. Program tersebut melibatkan PEDi Kg Pasir Pandak, PEDi PPR Taman Dahlia PEDi PPR Taman Malihah.

Program advokasi ini diakhiri dengan sesi soal jawab bagi menguji minda peserta dan pelajar dihadiahi dengan set cenderamata sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali