Program Moment Day UNITAR International University Student With The Children At The Laila Taib Welfare Complex 2022
27 November 2022 | Aktiviti TerkiniProgram advokasi ini dibuat melibatkan seramai 17 orang peserta terpilih yang terdiri daripada penghuni-penghuni Kompleks Kebajikan Laila Taib atau PERYATIM Kuching. Program tersebut dianjurkan bersama-sama dengan PEDi Kg Pasir Pandak, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi Kg Bako dan UNITAR Kuching Region. Program bermula pada pukul 830AM serta tamat pada pukul 1230 PM.
Program ini bertujuan untuk memberi ruang dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Kompleks Kebajikan Laila Taib atau dikenali sebagai PERYATIM Kuching. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya ialah permainan radio rosak, mencari gula-gula dalam tepung dan sebagainya
Kelebihan program ini ialah dapat memupuk kasih sayang dalam antara penganjur dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Program ini juga secara langsung juga mengajar diri yang bernasib baik agar sentiasa bersyukur dengan nikmat kesenangan yang telah diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: