Majlis Mesra Harmoni Aidilfitri PEDi Kg Pasir Pandak 2022

29 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Majlis Mesra Harmoni Aidilfitri PEDi Kg Pasir Pandak 2022 telah diadakan di PEDi Kg Pasir Pandak dari jam 10 pagi sehingga jam 3 petang. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih daripada 20 orang jemputan yang rata-ratanya terdiri dalam kalangan komuniti Kg Pasir Pandak.

Program ini bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim antara warga kerja PEDi Kg Pasir Pandak dan komuniti Kg Pasir Pandak. Majlis tersebut telah diadakan semula setelah 2 tahun ditangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021 sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Terdapat juga aktiviti selingan turut dimuatkan dalam majlis tersebut. Antaranya ialah persembahan tarian oleh Kumpulan Penari Cilik Puteri Sejinjang Kg Pasir Pandak sebgai hiburan kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali