Tempahan hotel disasar naik hingga 60 peratus pada suku ketiga 2022

4 April 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Kadar tempahan bilik hotel seluruh negara disasar meningkat sehingga 60 peratus menjelang suku ketiga tahun ini susulan pembukaan semula pintu sempadan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng, berkata peningkatan itu didorong pertambahan kehadiran pelancong antarabangsa termasuk dari Singapura selepas laluan sempadan darat antara kedua negara berjiran itu dibuka. Beliau berkata, sejak Januari lalu hingga kini kadar penginapan hotel adalah antara 30 hingga 40 peratus, sebahagian besar disumbang pelancong domestik (selepas kebenaran rentas negeri), selain bergantung kepada permintaan ketika cuti dan perayaan.

Beliau berkata lagi dengan pembukaan semula sempadan negara pastinya dapat mengharap ketibaan lebih ramai (pelancong), ini sedikit demi sedikit membantu pemulihan industri pelancongan dan hotel yang terjejas teruk kesan pandemik COVID-19. Ujar beliau lagi, mereka yakin industri ini berada pada landasan untuk pulih dengan jangkaan kadar tempahan penginapan hotel kemungkinan akan naik sehingga 60 peratus menjelang suku ketiga tahun 2022.

Jumaat lalu, pintu sempadan negara dibuka semula selepas dua tahun ditutup akibat pandemik. Ia juga selaras dengan fasa peralihan ke endemik yang berkuat kuasa hari sama.Pembukaan sempadan itu menyaksikan rakyat Malaysia khususnya di Singapura, pulang ke tanah air, malah detik bersejarah itu dikongsikan ramai pengguna media sosial yang rata-rata sebak dan terharu dapat kembali ke kampung halaman masing-masing.

Selain itu Lip Seng berkata, kadar tempahan tidak akan meningkat dalam sekelip mata selepas pembukaan sempadan berikutan ketibaan Ramadan dan perayaan selain ramai rakyat tempatan akan bercuti ke luar negara. Beliau akan memastikan pengusaha melaksanakan yang terbaik dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan kerajaan.Malah sekarang juga adalah masa bagi pemain industri pelancongan meningkatkan promosi bagi menarik minat kedatangan pelancong.Industri amat memerlukan pemasaran yang agresif untuk mempromosikan Malaysia di luar negara sebagai destinasi pelancongan terpilih.

Sumber: Berita Harian Online, 03/04/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali