Penduduk dunia bertambah 74 juta orang

3 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Penduduk dunia bertambah sebanyak 74 juta orang, menjadikan jumlah keseluruhan penduduk dunia pada 2021 adalah sebanyak 7.8 bilion orang.Menurut Biro Bancian Amerika Syarikat (AS), China kekal sebagai negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia dengan 1.4 bilion penduduk.India pula merekodkan 1.38 bilion penduduk, AS (332 juta), Indonesia (275 juta) dan Pakistan (238 juta).Peningkatan bagi 2021 menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk global adalah sebanyak 0.9 peratus iaitu lebih rendah daripada unjuran awal 0.96 peratus.

Walaupun penduduk global masih meningkat secara keseluruhan, kadar peningkatan didapati menurun secara konsisten sejak pertengahan 1960an apabila hanya meningkat dua peratus.

Separuh daripada penduduk dunia tinggal di negara yang menyaksikan kadar kesuburan seumur hidup rendah dengan bilangan anak yang jangka dilahirkan oleh wanita secara purata di bawah dua orang.

Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk global akan terus meningkat sehingga 2100, tetapi pertambahan akan hanya tertumpu di kawasan tertentu saja.

Lebih separuh daripada pertumbuhan penduduk dalam tiga dekad akan datang dijangka berlaku di lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Mesir, Ethiopia, India, Indonesia, Nigeria, Pakistan, Tanzania dan AS.Dalam pada itu, 55 negara pula dijangka menyaksikan penurunan penduduk sebanyak satu peratus atau lebih dalam tempoh sama.

Kejatuhan paling ketara dijangka berlaku di Bulgaria, Latvia, Lithuania dan Ukraine dengan unjuran penurunan sebanyak 20 peratus.PBB meramalkan trend itu akan didorong oleh kejatuhan kadar kesuburan dan faktor penghijrahan penduduk.

Hal ini bermakna, semakin banyak negara perlu berdepan masalah penduduk yang semakin tua, dengan beban menjaga bilangan warga emas semakin meningkat berbanding bilangan rakyat yang bekerja.Penduduk dunia yang berumur lebih daripada 65 tahun dijangka melebihi jumlah bilangan orang muda berusia 15 hingga 24 tahun.

Sumber: Berita Harian Online, 02/01/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali