Kes COVID-19 di Eropah melepasi 100 juta jangkitan

3 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Eropah merekodkan lebih 100 juta kes COVID-19 iaitu melepasi satu pertiga jumlah jangkitan di seluruh dunia sejak tercetusnya wabak itu, menurut statistik AFP pada 1/1/2022.Benua itu sekali lagi menjadi pusat penyebaran wabak COVID-19 sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan sedang bertungkus lumus menangani peningkatan kes berpunca daripada virus Omicron yang menular jauh lebih pantas.

Statistik rasmi AFP dikeluarkan pada 1845 GMT (2.45 pagi waktu Malaysia) menunjukkan rantau Eropah termasuk 52 negara dan wilayah dari pantai Atlantik ke Azerbaijan dan Russia merekodkan 100,074,753 jangkitan keseluruhan COVID-19 dalam tempoh dua tahun lalu.

Ia bersamaan dengan lebih satu pertiga daripada 288,279,803 kes yang diisytiharkan di seluruh dunia sejak wabak itu tercetus di China pada penghujung 2019.Daripada jumlah jangkitan itu, lebih 4.9 juta kes dilaporkan dalam tempoh tujuh hari yang lalu dengan 17 daripada 52 negara atau wilayah mengatasi rekod sebelumnya bagi kebanyakan kes dalam tempoh seminggu.

Perancis saja merekodkan lebih daripada 1 juta kes baharu sepanjang minggu lalu, ia bersamaan dengan 10 peratus daripada semua kes positif COVID-19 yang diumumkan sejak tercetusnya wabak berkenaan.Negara yang mempunyai nisbah jangkitan tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk di dunia semuanya terletak di Eropah.

Denmark mencatatkan rekod terburuk dengan 2,045 kes diikuti Cyprus dengan 1,969 kes dan Ireland (1,964 kes).

Bagaimanapun, kematian akibat COVID-19 mencatatkan penurunan di Eropah dengan purata 3,413 kematian sehari sepanjang minggu lalu iaitu penurunan tujuh peratus berbanding minggu sebelumnya.Dalam pada itu, secara keseluruhannya, penduduk di benua Eropah merekodkan jumlah tertinggi menerima suntikan vaksinasi ketika ini.

Menurut laman sesawang 'Our World in Data', 65 peratus penduduk Eropah sudah menerima satu dos vaksinasi manakala 61 peratus lengkap dua dos iaitu masing-masing melebihi 58 dan 49 peratus angka bagi seluruh dunia.Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kadar kematian sebenar akibat COVID-19 mungkin dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding apa yang dilaporkan.

Sumber: Berita Harian Online, 02/01/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali