Kadar inflasi negara dijangka lebih terkawal tahun depan

5 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Kenaikan harga di Malaysia dijangka lebih perlahan menuju ke 2023 di tengah-tengah bekalan makanan yang lebih baik, harga komoditi lebih rendah dan peningkatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

MIDF Research berkata, penurunan selanjutnya harga siling minyak masak botol antara lain mencerminkan kesan positif pembetulan sederhana dalam harga komoditi global.

Ia berkata, susulan penyambungan semula eksport bijirin dari Ukraine, inflasi makanan global telah menunjukkan trend penyederhanaan sejak Julai 2022.

MIDF Research berkata ia percaya inflasi makanan domestik alam susut secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang. Bagaimanapun, penyusutan ringgit berbanding dolar AS akan terus melebarkan bil import makanan Malaysia, terutamanya dengan menjadi negara pengimport bersih makanan.

Bagi keseluruhan tahun ini, ia mengunjurkan kadar inflasi keseluruhan akan berada pada purata tiga peratus, secara relatifnya stabil dalam kalangan negara serantau yang antara lain diimbangi oleh harga bahan api runcit disubsidi.

Ia turut mengunjurkan inflasi keseluruhan akan berada pada purata 2.3 peratus tahun depan (2023).

Harga minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) diturunkan sebanyak RM2 lagi kepada RM31.50 berbanding RM33.50 bermula 8 Oktober hingga 7 November ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang merekodkan penurunan. Harga baharu minyak masak tulen kemasan botol tiga kg turun kepada RM19.90 daripada RM21.10; botol dua kg (RM13.50 daripada RM14.30); dan botol satu kg (RM7.10 daripada RM7.50).

Beliau turut menyeru pengguna untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dengan melaporkan secara rasmi sebarang pelanggaran undang-undang melalui saluran disediakan.

Sumber: Berita Harian Online, 4/10/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali