Imigresen sedia terima kemasukan pengembara

7 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa bersedia sepenuhnya untuk beroperasi semula, susulan langkah pembukaan sempadan yang dijadualkan tidak lama lagi. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata kesemua sistem laluan automatik (autogate) termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga sudah diaktifkan.Katanya, pegawai bertugas di pintu masuk juga akan dipanggil semula untuk kembali ke tugas asal mereka. Beliau berkata lagi bahawa pegawai yang sebelum ini dihantar ke depoh sementara yang dibuka sepanjang pandemik COVID-19, juga akan menjalankan tugas asal mereka di pintu sempadan negara.

Katanya lagi selepas mengetuai Op Mega Imigresen Johor Bahru malam tadi. daripada segi persediaan, beliau boleh katakan Imigresen sudah pun bersedia terutama di dua pintu masuk utama iaitu KLIA dan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi. Ia bagi membolehkan ahli yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memaklumkan tarikh pembukaan sempadan negara akan diumumkan Perdana Menteri pada minggu depan.Menurut Khairy, mesyuarat Kabinet sudah mencapai kata sepakat mengenai pembukaan sempadan negara dan kini menunggu diumumkan oleh Perdana Menteri.

Untuk rekod, pintu sempadan negara mula ditutup sepenuhnya pada 18 Mac 2020 susulan penularan kes COVID-19 di seluruh dunia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali