EU iktiraf sijil vaksin COVID-19 Malaysia

5 April 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia yang disifatkan menepati Sistem Pengurusan Vaksin kesatuan berkenaan.

Perkara berkenaan dinyatakan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula Von Der Leyen menerusi kenyataan hasil Keputusan Pelaksanaan Suruhanjaya bertarikh 1 April 2022.Menerusi keputusan itu, sijil vaksinasi atau MySejahtera dan ujian COVID-19 yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah selaras dengan Sistem Pengurusan Vaksin, sekali gus memudahkan kebebasan pergerakan dalam negara EU.Kenyataan itu menyebut, Malaysia juga perlu dihubungkan dengan kerangka Sijil COVID-19 Digital EU yang diwujudkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953.

Presiden Suruhanjaya EU berkata lagi pada 10 Mac 2022, berikutan permohonan Malaysia, suruhanjaya ini menjalankan ujian teknikal yang menunjukkan bahawa sijil vaksinasi dan ujian yang dikeluarkan Malaysia adalah mengikut Sistem Pengurusan Vaksin.Malah, ia beroperasi dengan framework (kerangka) yang ditetapkan oleh Peraturan (EU) 2021/953 yang mengesahkan ketulenan, kesahihan serta integriti sijil. Justeru, suruhanjaya ini mengesahkan bahawa sijil vaksinasi dan ujian COVID-19 dikeluarkan Malaysia, mengikut Sistem Pengurusan Vaksin dan mengandungi data yang diperlukan.

Sumber: Berita Harian Online, 04/04/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali