Ujian COVID-19 48 jam sebelum berlepas ke Tanah Suci
9 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Jemaah umrah asing perlu mengemukakan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau ujian antigen dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum pelepasan tanpa mengira status imunisasi.
Prosedur yang dikemas kini Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu akan berkuat kuasa mulai 1 pagi 9 Februari.Ia antara prosedur baharu bagi kemasukan pengembara ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dan ziarah.
Arab Saudi mengumumkan sekatan perjalanan baharu bermula 9 Februari.Kementerian itu berkata sekatan baharu itu diperkenalkan selaras situasi epidemiologi tempatan dan global, dan sebagai sebahagian daripada langkah diambil kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 dan memelihara kesihatan awam.
Sebelum ini, Arab Saudi menetapkan syarat pengembara perlu mengemukakan ujian RT-PCR dengan keputusan negatif dalam tempoh 72 jam sebelum tiba ke negara itu.
Sumber: Berita Harian Online, 08/02/2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: