AirAsia Tawar 'Rider' Jadi Pekerja Sepenuh Masa

5 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Platform airasia Super App muncul syarikat pertama di Asia yang menawarkan pekerjaan sepenuh masa untuk penunggang atau 'rider' gig sebagai sebahagian daripada komitmennya memberikan persekitaran kerja yang lebih baik dan kestabilan pekerjaan, di samping meningkatkan peluang pendapatan.

Semua penunggang airasia food dan airasia xpress akan diambil bekerja secara sepenuh masa, berkuat kuasa serta-merta, membolehkan mereka menikmati rangkaian penuh manfaat sebagai Allstar termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), perlindungan perubatan yang turut boleh dimanfaatkan oleh pasangan dan anak-anak, cuti tahunan, selain faedah perjalanan seperti skim Penerbangan AirAsia ID90 dan e-kupon.Ini adalah tambahan kepada pendapatan terjamin sehingga RM 3,000 sebulan, latihan eksklusif penunggang AirAsia serta perlindungan kemalangan peribadi percuma.Penunggang juga layak memperoleh insentif tambahan berdasarkan prestasi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes,berkata seperti yang diketahui ramai, AirAsia sentiasa mengutamakan ahli masyarakat dan percaya bahawa mereka adalah aset terbesar. Beliau berkata ia terpakai di semua unit perniagaan Capital A, termasuklah airasia Super App. Sama seperti pengendali bagasi, krew kabin dan juruterbang yang menjadi tulang belakang perniagaan penerbangan AirAsia, pekerja gig adalah wira dalam operasi penghantaran AirAsia.Beliau tidak percaya pada kakitangan kontrak dan kini akan bergerak ke arah menggaji semua penunggang sebagai pekerja sepenuh masa, menerima faedah yang sama yang diterima oleh setiap Allstar, di samping faedah terbaik daripada airasia food & airasia xpress.

Tony berkata lagi, AirAsia selama bertahun-tahun telah mencipta puluhan ribu peluang pekerjaan di seluruh rantau ini.Beliau berkata, dengan pengembangan sebagai sebuah platform aplikasi super, AirAsia juga bergantung kepada perkhidmatan penting pekerja gig untuk perkhidmatan gaya hidup seperti penghantaran makanan dan bungkusan. Menurut beliau lagi,memberi pekerjaan sepenuh masa kepada penunggang gig adalah lebih daripada sekadar menawarkan faedah Allstar kepada mereka, ia adalah untuk menambah nilai kepada kehidupan dan laluan kerjaya, membolehkan mereka memasang impian dan menjadikan impian itu kenyataan.Dengan menjadi pekerja sepenuh masa, mereka adalah sebahagian daripada ekosistem Capital A yang lebih besar, di mana mereka akan mempunyai peluang untuk meneroka dan mengembangkan kerjaya dengan lebih lanjut.Daripada penunggang penghantaran, mereka boleh menjadi krew kabin, juruterbang, penganalisis data, ahli pemasar digital, menjadi sebahagian daripada pejabat korporat dan banyak lagi.

Sumber: Berita Harian Online, 4/08/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali