Kelas Microsoft Excel Individu: Tatacara Penyediaan Jadual Waktu

8 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 100PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara penyediaan jadual waktu tanpa mengira sama ada bagi kegunaan peribadi mahupun kegunaan pejabat atau sesuatu acara rasmi.

Peserta dibimbing dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau mahir mencuba sendiri menyediakan jadual waktu tersebut. Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat menguruskan diri dengan baik dan sempurna dengan adanya jadual waktu yang telah disediakan yang boleh dianggap sebagai aktiviti rutin.Semua insan tidak sempurna iaitu mudah terlepas pandang dan lupa. Oleh yang demikian, jadual waktu kendiri perlu ada bagi mengurangkan masalah ini dan boleh meningkatkan disiplin diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali