KWSP Benarkan Ahli Beli Perlindungan Guna Akaun 2

13 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membeli roduk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat serta penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.Ia boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli, dengan tawaran perlindungannya berkuat kuasa serta merta.

Tawaran i-Lindung itu untuk memudahkan pembelian produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.Ahli yang ingin membeli produk insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP.Syarikat insurans dan pengendali takaful itu adalah FWD Takaful Bhd, Prudential Assurance Malaysia Bhd, Prudential BSN Takaful Bhd, Etiqa Life Insurance Bhd dan Etiqa Family Takaful Bhd.Platform layan diri i-Lindung, yang boleh diakses pada bila-bila masa, membolehkan ahli mendapatkan maklumat produk sedia ada berserta harga dan memperoleh sebut harga sebelum melakukan pembelian pada bila-bila masa, di mana juga.Paparan tunggal polisi/sijil yang telah dibeli juga akan disertakan, seterusnya memudahkan ahli untuk merujuknya dengan pantas dan selamat.Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung mampu menyediakan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli.Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, menerusi Program Transformasi GLC yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi negara pasca-pandemik melalui ekosistem syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), salah satu aspek terpenting adalah pengukuhan perlindungan sosial dan tanggungjawab diberikan kepada KWSP.Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, Pelan Perlindungan Ahli adalah satu lagi kejayaan KWSP menyediakan saluran perlindungan sosial dan keselamatan kewangan kepada ahlinya sekira berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.Perlindungan melalui insurans/takaful adalah antara komponen utama bagi kesejahteraan kewangan yang KWSP menggalakkan ahli untuk mendapatkannya bagi melindungi mereka daripada ketidaktentuan kewangan.Ujar beliau lagi, Kemudahan i-Lindung amat bermanfaat untuk ahli KWSP untuk mendapatkan perlindungan insurans/takaful kerana pihak KWSP bersama-sama pihak syarikat insurans dan pengendali takaful ingin memastikan produk yang ditawarkan kepada ahli adalah pada kadar yang sangat mampu milik.

Ahli di bawah umur 55 tahun yang mempunyai baki yang mencukupi dalam Akaun 2, warganegara Malaysia dan pengguna i-Akaun layak untuk membeli produk di bawah i-Lindung.Mereka yang berumur 55 tahun ke atas juga boleh membeli produk di bawah i-Lindung, dengan syarat mereka berada dalam lingkungan umur kelayakan produk berkaitan serta mengekalkan jumlah minimum RM100 dalam Akaun 55 atau Akaun Emas.Maklumat lanjut mengenai Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung boleh dirujuk menerusi saluran komunikasi rasmi KWSP melalui laman web www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

Sumber: Berita Harian Online, 12/07/2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali