Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi 2022

25 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Dahlia dengan kerjasama beberapa PEDi lain telah dijemput oleh pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) untuk menjadi Penceramah bagi Program Kesedaran Klik Dengan Bijak bersama-sama dengan para pelajar Tingkatan 3 dan sebahagian daripada para pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2022 dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Tun Abang Haji Openg (SMK TAHO). Antara PEDi lain yang turut menyertai program ini ialah daripada PEDi PPR Taman Malihah, PEDi Kampung Bako, PEDi Kg Pasir Pandak dan juga PEDi PPR Batu Gong.

Taklimat ini diadakan secara atas talian bermula jam 10.30 pagi. Lebih kurang 111 orang pelajar menyertai taklimat ini. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tips keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada pihak sekolah SMK TAHO.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali