Kelas E-Pembelajaran : Operasi Tambah Topik Wang Darjah 5

6 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan beberapa orang peserta sahaja. Program tersebut dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 230PM serta tamat pada pukul 430PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai operasi tambah bagi topik yang diberikan Pelajar dibimbing supaya tidak cuai atau mengurangkan kesilapan melakukan operasi tersebut.Pelajar diberi dan diuji dengan beberapa soalan yang diberikan bagi menilai kecelikan dan kepintaran pelajar mengenai topik tersebut. Kelebihan kelas ini ialah agar pelajar tidak mudah ditipu atau diperdaya oleh sesiapa sahaja dalam melakukan transaksi yang melibatkan wang. Ini kerana segala pelaksanaan transaksi wang dilakukan setiap hari dan setiap masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali