Kelas Pendidikan Matematik: Topik Bahagi Sekolah Rendah Tahap 2
8 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan tiga (3) orang pelajar sahaja. Kelas tersebut dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai operasi bahagi. Pelajar-pelajar yang hadir ke kelas tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah tahap 2 iaitu Darjah 4, Darjah 5 dan Darjah 6. Mereka mempunyai kelemahan dalam menyelesaikan sesuatu nombor yang melibatkan operasi bahagi.
Pelajar dibimbing sepenuhnya supaya tidak cuai atau mengurangkan kesilapan melakukan operasi tersebut.Pelajar diuji dengan beberapa soalan yang diberikan bagi menilai kecelikan dan kepintaran pelajar mengenai topik bahagi. Pelajar-pelajar tersebut terlebih dahulu diuji dengan memberikan soalan mudah sebagai asas yang melibatkan nombor kecil agar mereka dapat menjawab soalan yang lebih mencabar. Mereka diajar dengan cara yang lebih mudah bagi menyelesaikan segala masalah atau soalan yang diberikan pada masa kini dan akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: