Kelas Microsoft Publisher: Tatacara Membuat Logo dan Kad Ucapan
13 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 100PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara membuat logo dan kad ucapan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Publisher. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya dari awal kelas sehingga beliau mahir menyediakan dan menyiapkan sendiri tugasan yang diberikan tanpa pengawasan atau bimbingan sepenuhnya daripada pengajar. Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara membuat logo dan kad ucapan. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri supaya beliau dapat mencipta pelbagai jenis logo dan kad ucapan pada masa akan datang secara digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: